Syarikat gergasi teknologi Nvidia baru-baru ini umumkan bahawa mereka akan mula hasilkan AI chips dan bina supercomputers sepenuhnya di Amerika Syarikat. Mereka bakal membuka ruang pengeluaran seluas lebih sejuta kaki persegi di Arizona dan Texas — satu langkah besar yang turut berkait rapat dengan situasi semasa antara AS dan China serta tekanan dari pentadbiran Trump supaya lebih banyak pengilangan dilakukan di dalam negara.
Pengumuman ini muncul tidak lama selepas pentadbiran Trump lancarkan tarif baru secara tergesa-gesa, dan hanya dua hari selepas mesej bercanggah dikeluarkan tentang pengecualian komponen elektronik dari tarif tersebut.
Contohnya, pada hari Jumaat, pihak US Customs and Border Protection siarkan kenyataan yang menyenaraikan produk seperti telefon pintar, komputer dan semiconductors sebagai dikecualikan dari tarif. Tapi hari Ahad pula, Trump dan setiausaha perdagangannya, Howard Lutnick, ubah nada dan kata pengecualian tu hanya sementara — dan tarif baru untuk semiconductors akan diperkenalkan tak lama lagi.
Buat masa ini, Nvidia telah pun mula hasilkan cip Blackwell mereka di fasiliti TSMC yang terletak di Phoenix. Sebelum ini, semua cip AI mereka hanya dikeluarkan di Taiwan — yang membawa risiko geopolitik terhadap rantaian bekalan.
Mereka juga sedang bina kilang supercomputer di Texas — bekerjasama dengan Foxconn di Houston dan Wistron di Dallas, dengan pengeluaran besar-besaran dijangka dalam 12 hingga 15 bulan akan datang.
“Buat pertama kalinya, enjin kepada infrastruktur AI dunia akan dibina di Amerika,” kata pengasas dan CEO Nvidia, Jensen Huang. “Dengan pengeluaran dalam negara, kita boleh penuhi permintaan yang semakin meningkat, kukuhkan rantaian bekalan, dan jadi lebih bersedia untuk cabaran masa depan.”

Bagi proses chip packaging dan testing, Nvidia bekerjasama dengan Amkor dan SPIL di Arizona. Untuk hasilkan GPUs yang berkuasa tinggi, teknologi pembuatan, pembungkusan dan ujian lanjutan sangat penting dan dilakukan secara kolaboratif.
Langkah ini juga dilihat sebagai strategi Nvidia untuk elak sekatan eksport ke China bagi cip H20. Cip ini merupakan AI chip paling berkuasa yang masih boleh dieksport ke China, kerana ia direka khas untuk patuh kepada had eksport semasa — tetapi masih serasi dengan platform CUDA. Dilaporkan bahawa Nvidia berjaya kekalkan cip ini daripada dikenakan sekatan selepas CEO mereka beri komitmen pelaburan dalam data center di AS.
Langkah Berisiko Separuh Trilion Dolar Di Tengah Polisi Yang Tak Menentu
Pelan Nvidia ni bukan kecil-kecil — mereka sasarkan untuk hasilkan infrastruktur AI bernilai sehingga setengah trilion dolar di AS dalam tempoh empat tahun. Ia dijangka cipta ratusan ribu peluang pekerjaan dan gerakkan aktiviti ekonomi bernilai trilion dolar dalam dekad akan datang.
Tapi… dengan keadaan polisi perdagangan AS dan antarabangsa yang agak kucar-kacir sekarang ni, belum pasti sama ada semua rancangan ni akan jadi kenyataan sepenuhnya.
Trump sendiri dikatakan beri tekanan kepada TSMC, ugut akan kenakan tarif sehingga 100% kalau mereka tak bina kilang di Amerika. Tapi pada masa yang sama, tarif balas terhadap komponen dari China boleh jejaskan bekalan bahan mentah, dan AS juga kekurangan tenaga kerja mahir untuk kerja-kerja pemasangan cip.
Pentadbiran Trump juga ada usaha untuk kurangkan impak CHIPS Act, yang mungkin buat pelabur besar dalam industri semiconductor jadi kurang yakin.
Malah, menurut laporan pada Disember lalu, walaupun sebahagian proses penghasilan cip Blackwell dilakukan di Arizona, ia mungkin masih perlu dihantar semula ke Taiwan untuk proses pembungkusan lanjutan menggunakan teknologi CoWoS milik TSMC — yang belum ada lagi di fasiliti Arizona.
Walaupun Nvidia banyak sebut tentang ciptaan kerja di AS, mereka juga rancang guna teknologi mereka sendiri di fasiliti ini — termasuk NVIDIA Omniverse untuk bina digital twins bagi kilang dan NVIDIA Isaac GR00T untuk cipta robot automasi. Maksudnya, banyak proses akan jadi automatik dan mungkin tak perlukan terlalu ramai pekerja manusia pun.
Sumber: Arstechnica »